Tuesday, 6 December 2011

YENG MEI FONG
D20102042504 


Pendidikan Seni Visual (2)
Anyaman
Pengenalan
Seni ayaman merupakan sani warisan kraf tangan Melayu tradisional. Menganyam bermaksud proses menjaringkan atau menyilangkan bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Bahan tumbuh-tumbuhan yang boleh dianyam ialah lidi, rotan, akar, bilah, pandan, mengkuang dan beberapa bahan tumbuhan lain yang dikeringkan.

Proses menganyam
     1.     Lagang
     Legang dianggap “tulang”kepada sesuatu anyaman dan dimulakan dari bahagian tengah   
     anyaman. Setiap helai daun dibentukkan seakan-akan huruf V di bahagian tengah. 
     2.    Menganyam
    Anyaman tengah dilakukan di bahgian tengah atau badan sesuatu anyaman. Daun diselang-    
    selikan secara menegak dan melintang dengan sehelai berada di atas dan sehelai di bawah.       
    Mengepai merupakan proses mematikan tepi anyaman tikar untuk mengelakakn daripada   
    terburai. Anyaman susut hanya dilakukan pada anyaman bulat dan bersegi seperti bakul atau raga. 

     3.    Pepeh atau lepih
    “Anyaman mati” pada tepi dan dilakukan sebagai mengakhiri kerja menganyam.
     4.    Sisip
    Hujung lebihan daun direncongkan untuk memudahkan kerja sisipan yang bertujuan   
    menggelakkan anyaman daripada terburai.
     5.    Kerat
    Pisau kecil digunakan untuk mengerat baki bilah daun supaya hasil anyaman kelihatan lebih 
    kemas dan menarik.

Nilai
Anyaman merupakan suatu seni kraf tangan yang rumit dan perlu dilakukan dengan teliti. Kesabaran, ketekunan dan kerajinan adalah perlu, kerana proses menganyam mengambil masa yang lama. Anyaman menerap sumber alam dalam seni ciptaan, melambangkan keindahan dan keharmonian. Seni anyaman warisan budaya yang rumit dan unik, ini perlu dikekalkan dan diwarisi kepada generasi baru.

Pembelajaran: 
Aktiviti   1 : menganyam corak dengan menggunakan kertas.
Objektif: 1. Mengenal dan menghargai kesan warna yang timbul melalui jalinan jalur yang     berwarna-warni.
                2. Memperkenalkan teknik asas menganyam kepada pelajar.
Langkah-langkah:
1.    Sediakan bahan asas ,iaitu dua keping kertas .
2.    Gunting kertas warna secara menjalur.
3.    Gunting kertas lukisan juga cara menjalur.
4.    Anyam kertas warna tadi ke atas kertas lukisan secara berselang-selang.
5.    Kemaskan hujung setiap anyaman tersebut.
Nilai-nilai: Memahami dan mengamalkan nilai-nilai cermat, teliti, sabar dan tekun.


                      Galeri hasil murid-murid


Aktiviti 2:  Menganyam belalang menggunakan daun  kelapa.
Objektif:  Mengaplikasikan proses mereka  cipta yang sistematik serta mempertingkatkan lagi daya imaginasi dan kreativiti pelajar.

 ** Langkah-langkah yang ditunjukkan dalam gambar bermula dari kiri ke kanan setiap barisan.

SELAMAT MENCUBA!

No comments:

Post a Comment